PENGGUNAAN AI AGEN DALAM MENGHASILKAN BISKUT HERBA AUTENTIK: KAYU MANIS DAN KURMA
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meneroka penggunaan herba autentik seperti kayu manis dan kurma dalam penghasilan biskut sebagai alternatif kepada perasa tiruan yang sering dikaitkan dengan isu kesihatan. Kajian menggunakan Model Pembangunan Produk Baru (New Product Development, NPD) dan pendekatan analisis kandungan untuk menilai keberkesanan herba ini dari aspek rasa, tekstur, dan manfaat kesihatan. Teknologi agen AI turut diaplikasikan untuk menyokong pengoptimuman resipi, pengumpulan data, dan analisis keutamaan pengguna. Hasil kajian mendapati bahawa penggunaan herba autentik meningkatkan kualiti biskut dari segi rasa, aroma, dan nilai kesihatan. Pendekatan sistematik melalui model NPD memastikan pembangunan produk dilakukan secara komprehensif, manakala agen AI mempercepatkan inovasi dengan hasil yang lebih efisien. Kajian ini menyumbang kepada pembangunan produk makanan yang sihat, semula jadi, dan selari dengan permintaan pasaran moden.
Copyright (c) 2025 Nurul Fathini Binti Mohd Rizal, Tan Vee Nee, D’oria Islamiah Binti Rosli

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 4.0 International License.